Orang yang faham saja buat mesyuarat selain hari Khamis. Kenapa? Khamis.... aku nak balik. Hari lain nak bebel sampai petang dipersilakan.
Tahun ni Kelab guru dan warga SKLD nak buat hari keluarga pada 28 dan 29 September. Perancangan awal nak buat kat Pulau Redang, kampung halaman isteri NYDP PIBG kita. Aku memang teringin nak ke pulau-pulau ni. Tapi..... tak jadi, mungkin keadaan cuaca sekarang tak mengizinkan, tukar tempat kita buat kat darat je.
Pilihan kedua, White Sand Resort, Marang. Dah mesyuarat bagi kata putus.... eh! eh! tak jadi pulak...
Dah tukar tempat pula ke PELADANG AGRO RESORT, SETIU.
Pada aku, ok sangat la, sebab dekat sikit dari Bachok. Aku kena hangkut dulu segala mak nenek kat Bachok tu dan hantar semula. Takdenya sorang dari Dungun sorang dari Bachok.
Korang nak tahu kenapa tukar tempat? Macamni, White Sand Resort hanya ada 8 bilik sahaja yang kosong. kami ni ada 30 keluarga, pastu lebihan 8 keluarga tu kena menginap di challet berhampiran. Emmm.... aku awal-awal booking White Sand Resort... malas nak berangkut sana sini.
Ok settle....
![]() |
Sebelum mesyuarat bermula |
![]() |
Tunggu ahli yang lain... Hai Pokche!!! sorang je? |
![]() |
GB siap lukis lagi pelan kat Agro tu |
![]() |
Suruh bawa Pothluck yang ringan-ringan, tapi aku nye disuruh bawa nasi arab. |
Harga Resort tak lah mahal sangat, RM90 dan RM 130. Cuma katil yang disediakan hanya 1 Queen dan 1 single.... kena bawa toto tambahan untuk keluarga besar macam aku ni. Anak-anak teruja sangat bila dengar nak pergi mandi kolam. Anak-anak yang besar pun nak ikut sekali. Mudah-mudahan program ini dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga.
Haishhhh.... tak habis lagi mesyuarat!!!!!!. Aku siap tolak kerusi dah... Hahahaha
Sambung..... mesyuarat rehat minda tahun 6. Tahun sebelum-sebelum ni, aku tak pernah ikut pun, ye lah... buat program tu tak kena dengan masa aku. Tahun ni ada rezeki aku. Yeaaaaa dapat mandi sungai....
Program rehat minda kali ni kat sungai Kelemin, Minda Talong pada cuti Awal Muharam. Aku ni kalau tak de program, memang cabut lari balik ke Bachok dah. Tak pelah lagipun ahad dah cuti, rindu pun tak habis lagi... Ahaksss
Biarlah aku kumpul banyak-banyak dulu kenangan sepanjang berada di tempat orang ni. Kalau dah bekerja di tempat sendiri nanti, tak tahulah bila boleh sampai. Sama juga dengan Negeri Melaka... l tempat yang pernah melakar sejarah dalam hidup aku, walaupun banyak kenangan yang melukakan hati aku, aku tetap ingat dan teringin nak pergi berjalan ke sana. Bukan aku maksud nak jumpa orang-orang tersebut, tapi tempat-tempat yang pernah meninggalkan kenangan dalam hidup aku.
#AKU BUKAN YANG DULU LAGI
#MANUSIA PERLU BERUBAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan