Sempena cuti Awal Muharam ni, sekolah adakan program rehat minda untuk murid-murid tahun 6. Cikgu-cikgu dijemput hadir dengan membawa potluck masing-masing.
Pukul 8.30 pagi berkumpul kat sekolah. Aku kena bawa 3 orang murid, Aizatul, Sarah dan Hazirah. Lebih kurang 8.40 pagi kami bertolak secara konvoi ke Sungai Kelemin. Ramai juga guru yang hadir, K.ja yang dah pencen pun ikut sama.
Sungai Kelemin terletak di Kampung Talong. Selama ni aku selalu dengar Sekolah Kebangsaan Minda Talong dan ni kali pertama aku sampai ke sana. Tengah sembang-sembang tu, Sarah cakap nama Minda Talong tu asing-asing... maksudnya Kampung Minda dan Kampung Talong. Yang kelakarnya nama sekolah disatukan jadi Minda Talong. Satu maklumat baru untuk aku.....
9.10 minit dah sampai tempat yang dituju.
Tengok je lah gambar...
 |
Laki k.yati pasang khemah makanan.... |
Masa bentang tikar, suasana redup... bila dah panas malas nak beralih....
Ada orang tolong pasang khemah untuk teduhkan... tak puas hati juga, hambik kau... dia keluarkan payung polis dia....
 |
Air yang cetek, sesuai sangat untuk budak-budak. Aisyah masa sampai terus masuk dalam air... tak sempat baca doa apa dah... |
 |
Dari atas... |
 |
Makan bersuap, sejuk sangat tak boleh nak gerak... |
 |
Makan... dah basah tak boleh duduk atas tikar... makan la dalam air... |
 |
Aku bawa karipap dan samosa.....
karipap tu beli kat kedai frozen Dendang, kembung je lebih, isi secoet je. |
 |
Menu utama
Nasi goreng by Mok Ani
Ayam bakar +Air asam
Pertama kali aku makan ayam bakar cicah air asam... |
 |
Pok Epul dan laki kak yati....
Orang kuat kita ni |
 |
Ibu, Nab, K.ja, K.zi dan K.Yati |
 |
Geng bakar-bakar gitu |
 |
GB kita.... |
 |
Nak balik dah...
siap jaja spender tercicir... tak de sapa yang ngaku...
buang je dalam sungai bagi kat buaya.... hahahaha |
 |
Geng kanak-kanak... Raziq, Waiez, Azra, Aisyah, Suzi dan Auni...
Amar tak tahu hilang ke mana.... |
 |
Kemas khemah sebelum balik |
 |
Buah Peroh...
Macam-macam makanan baru aku rasa kat sini.
Sedap, ralit bila makan. |
 |
Suzie demam.... so sad |
 |
Diaorang tak turun sungai pun, aku dan ain je main air...
Sadisnya ada lintah kat situ... |
Pukul 12.30 tengahari kami bertolak balik....
Sangat lah letih... Tidur tak ingat dunia... petang baru sedar....
Macamlah aku yang beria masak untuk potluck... padahal.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan