Khamis, 13 September 2018

Baju Merdeka

Jadi ibu ni kena kreatif macam-macam. Minat menjahit tu memang ada, cuma masa je tak sempat dan kurang keyakinan. Dulu aku pernah jahit baju sendiri, buat baju kurung moden. Yang ingat last aku jahit, kena bebel kat ma aku. Nak tahu puncanya..... hahahaha... aku potong kain tak ikut benang kain... konon aku potong gitu nak letak bunga kat depan baju... kesudahannya baju siap jadi senget benget... sampai ke hari ni aku ingat. Sekurang-kurangnya bila aku buat salah gitu, boleh jadi panduan di lain masa. Ingat tu!!!!! nak potong kain, ikut benang dia.


Muaz lah dok tanya abah dia, nanti program sambutan Merdeka kat sekolah Muaz nak pakai apa? Disebabkan Muaz bersuara, aku mula mengatur strategi.... Jeng...jeng .... jeng...
Saja bagi anak-anak seronok. Lama betul aku tak menjahit. Ni dah ada mesin jahit baru, aku nak realisasikan impian Muaz.


Gigih aku jahit.... seminggu aku ambik masa nak siapkan 2 pasang baju ni. Okeylah... sambil-sambil jahit tu, aku tengok-tengok dalam youtube sebagai panduan. Seluar dan bahagian lengan aku dah puas hati.... Hemmm cuma bahagian leher aku tak kurang pandai lagi. 

Hehehe... hasil yang boleh dibanggakan untuk aku. Encik suami pun dah promote kat anak-anak murid dia, kalau sapa-sapa nak cari isteri, cari lah yang pandai menjahit...echeche..



Hasilnya, anak-anak dapat nombor juga dalam pertandingan sambutan bulan merdeka. Tahniah dan tumpang gembira atas kejayaan anak-anak. Sebenarnya kalau tak menang pun, aku okey je... janji anak-anak dapat pakai baju merdeka yang diorang nakkan sangat tu. Tapi dah rezeki mereka....

Untuk tahun depan, aku akan cuba buat yang terbaik lagi. Dalam kepala ni berangan nak buat gaun untuk aisyah guna kain lace.... kononnya lah....

Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...