Bermula minggu peperiksaan bagi anak-anak tahun 6. Peperiksaan besar pertama yang engkau
tempuhi… banyak lagi peperiksaan yang menunggu di hadapan. Cemerlang biarlah
seiring dengan akhlak yang terpuji. Kami warga guru-guru mendoakan yang terbaik
buat anak-anak sekalian.
Calon UPSR kat
sekolah aku seramai 11 orang sahaja. Ada la yang cakap, murid tak ramai
senanglah nak pulun… padahal Allah saja yang tahu. Moga Allah teruskan buka
mata hati untuk anak-anak didik terus belajar dan menghayati setiap adab dalam
kehidupan seharian.
Sekolah kecik ni hampir separuh cikgu-cikgukeluar bertugas sebagai pengawas peperiksaan, kami saki baki yang tinggal kat sekolah
ni kena jaga kelas seharian. Huh!!!! Jenuhlah jaga murid-murid supaya tak buat
bising.
Sepagi aku jaga kelas tahun 2 Arif,
eiiii…. Boring sangat…. tu yang "terus berbicara di sini".
Korang nak tahu, sepanjang 9 tahun aku berkhidmat, baru
sekali aku jadi pengawas peperiksaan di
SK Kemuning tahun 2015, tu pun kena paksa…. Masa kat SK Durian Daun, tak pernah sangkut pun borang tu kat aku. Tahun lepas, dapat tawaran isi
borang untuk jadi pengawas peperiksaan…. Dalam borang tersebut ada menyatakan
tahap minat kita terhadap tugas yang ditawarkan, aku dengan jujurnya memilih
“sangat tidak berminat”. Hasilnya nama aku tersingkir terus dari senarai.
Huh!!!! Maafkan aku. biarpun ada bayaran, kita bagi laluan kepada yang
betul-betul berminat. Aku ni jenis susah nak bergaul dengan orang yang baru
kenal. Pergi mana-mana aku tak kisah berseorangan.
Itu lah aku…….
![]() |
Adengan pagi UPSR. Tu bukan calon UPSR... Qistina tahun 3... Paksa rela buang pirah kat bulu mata. Bapak besar menatang tu... |
![]() |
Ni calon-calonnya Aizatul, Ayuni, Hazirah, Maisarah, Syamimi Haikal, Nik Zulhaikal, Zul Idham, Syazwan, Danish Alfred dan Ridhuan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan