Cuti merupakan hari bersama keluarga, tak semestinya kena pergi melancong, cukuplah dapat luangkan masa bersama-sama.
Tiap kali cuti mesti aku beria nak ikut encik suami ke kebun. Tugas aku hari ni gali lubang atas batas. Muaz temankan aku gali lubang tapi tu lah 2,3 lubang je dia gali, lepas tu dah lesap main kat air kat parit tangkap anak berudu.
![]() |
Gigih Muaz korek lubang |
![]() |
Asyik dok main dengan anak berudu. Tangkap, tangkap, curah atas tanah, pastu dia kenyek... |
![]() |
Anak betik yang belum di tanam. |
![]() |
Tak sabar nak tunggu hasil.... Ahaksss.... |
![]() |
Bersedia membasmi rumput |
Kalau aku ikut ke kebun, ayat aku
"bila nak balik?"
"banyak lagi ke abang?"
"lepas ni nak buat apa?"
Ikutkan aku ni bukan minat berkebun, encik suami yang beria minat. Aku cuma support dari belakang. Ikut ke kebun bila luang dan larat sahaja. Tak tahan panas weh....
Sebenarnya berkebun ni boleh dijadikan sebagai senaman, mana tidaknya encik suami dah kurus dan banyak seluar lama muat dan boleh dipakai semula.... sukalah hati dia... aku juga yang beria tak bagi dia kurus sangat, nanti tak sedap peluk lagi... Hahahaha....
Insyallah dalam 2 minggu ni selesai tanaman untuk projek pertama. dan akan diikuti kebun yang kedua. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dan projrk tanaman ini membuahkan hasil yang lumayan. Allahumma amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan