Jumaat, 7 September 2018

Hidup adalah ujian

Kehidupan ini adalah sebuah pengembaraan
Manusia adalah pengembara  
Dunia ini adalah sebuah tempat persinggahan 
..... untuk mencari destinasi penamat, perhentian terakhir, iaitu AKHIRAT.

Sepanjang kehidupan, pasti akan bertemu dengan dugaan. Segala onak duri terpaksa ditempuh dan diredah. Kesenangan dan kesusahan datang silih berganti. Kesabaran teruji. Kadang rebah tersungkur...

Hidup seorang di daerah asing, bukannya senang. Susah!!!!. Teruji dengan dugaan 
... kadang perasaan RINDU datang menyapa, inginkan belaian, Hati dalam kesayuan, mimpi yang mengerikan. Aku letih... aku penat!!!!!

Tapi yang susah itu banyak mengajar erti sebuah kehidupan, yang payah itu banyak mematangkan fikiran dan diri. Walau terasa susah, penat dan letih, tetap kena melangkah. Kena terus berusaha untuk sampai ke destinasi yang dicari! 

Allah uji apa yang dekat dengan hati. Allah berhak melakukan apa sahaja. Kerana dunia ini dan segala isinya adalah milik Allah. Allah menguji hambaNya mengikut batas kemampuan diri, Allah takkan uji lebih dari kudrat masing-masing. Dan Allah uji itu tandanya Allah kasih. Kita ada dalam jagaan Allah.

Kadangkala, Allah uji dengan apa yang kita sayangi, yang paling dekat dengan kita, yang paling dekat dengan hati kita. Sebab apa? Sebab Allah nak tengok, sejauh mana, setinggi mana tahap pergantungan kita pada Allah bila teruji.

Begitulah hidup, penuh dengan likunya. Namun seandainya kita berjaya melepasi segala rintangan yang dihadapi, mampu melalui setiap mehnah yang ada, pasti kita akan selamat sampai di garisan penamat.

Hasil carian imej untuk danbo ambil wudhuk

Hati jahatkan!!!!! Kadang hati mudah cemburu dengan lebihnya orang lain, sehingga lupa yang sebenarnya diri pun kadangkala lebih dari mereka yang kurang. 


Tiada ulasan:

BOSAN

 Aku jadi tak faham dengan perangai semua..... Ye, aku bukan perempuan baik macam arwah korang tu... Aku perempuan tak baik... Memang tak la...